testing
SEMOGA ALLAH SENTIASA MERAHMATI HIDUP KITA... AMIN..
Thursday, 28 April 2011
attending a course in PKG STAR
awesome, tiring, boring, informative, interesting
everything and anything..
its all in one....
today is the last day
but
for this phase.
i need to attend for another
one more phase
pheewwwwwww......
tiredddddddddd
hidup kenalah bermakna........
Monday, 14 February 2011
Aku seorang guru darjah 1
Situasi 1
( terbatuk batuk...)
Murid 1 : teacher..teacher tak sihat ke?
Aku : aah..teacher kurang sihat..
Murid 2 : Mak kita pun mcm teacher..batuk2..tak sihat..dia ada baby dlm perut...
teacher pun ada baby tak??
aku : (????????!!!! )
Situasi 2
Murid 1 : teacher..lepas teacher siapa?
Aku : lepas ni rehat
Murid 1 : lepas rehat?
Aku : teacher tak tahu la
Murid 2 : kita tahu...
Aku : Siapa?
Murid 2 : Cikgu HONEYSTAR
Aku : AAA?? hahahahahahhahaaha
(nama cikgu tu HASNITA)
Situasi 3
Aku : mana XYZ?
Murid - murid : absent teacher
Aku : Why ?
Murid 1 : dia masuk hospistal teacher
Aku : hahahahahahhahaahahha (ketawa dalam hati la...kat luaran..aku senyum je..tak smpai hati nk ketawakan anak muridku itu...)
Situasi 4
pagi morning masuk kelas darjah 1
Aku : assalamualaikum and good morning class
Murid - murid : waalaikumussalam & good morning teacher
Murid 1 : eh..teacher nampak lain la hari ni..ooo sebab harini teacher pakai gincu...
Aku : .....................
Situasi 5
< masuk kelas..mengajar dengan penuh semangat...marah dengan penuh semangat..sebab ada yang tak siap homework.... >
bila nak balik..terserempak kat kantin..
diorang dari jauh dah jerit..
BYE TEACHER!!!
SEE YOU TOMORROW...
hilang segala amarahku..
Anak - anak muridku yang mampu menceriakan hariku...
Terasa hidup SANGAT BERMAKNA
Sunday, 13 February 2011
rehat
Hari ini hari Ahad
hari untuk berehat
hari untuk masak sedap sedap
hari untuk menyelesaikan urusan kain baju
ataupun hari untuk bermalas malasan
ramai yang suka hari Ahad
tapi
ada juga yang tak suka hari Ahad
sebab
besok dah kerja
0_0
aku suka hari Sabtu
sebab bila hari Sabtu
masih ada satu hari lagi cuti
iaitu hari Ahad
tapi kadang - kadang
aku tak suka hari Sabtu
bila hari Sabtu itu
adalah hari Sabtu yang kena kerja
-0-
Walaupun apa pun hari yang tiba
hadapilah ia dengan ceria
tenang dan tabah
kerana
anda benci macamanapun..
ia akan tetap tiba...
jadi..
biarlah hari tersebut...
penuh BERMAKNA....
(macam boring je post ni..
sebab aku baru bangun tidur he he..)
Saturday, 12 February 2011
Larian Mahkota
hari ni ada Larian Mahkota serentak di seluruh Negeri Johor
sebelum mula larian
ada senam robik kat sekolah
ok gak..best..berpeluh la badan
2N tu ikut aku g sekolah
maka diorang pun bersenam robik juga
(petang ni diorang nk g tae kwan do pulak!)
lepas tu..larian pun dimulakan
sekitar 1 km
(well..aku tak lari..tapi jalan laju dengan my friend..ok la tu,kan? hehe)
fuhh.. terasa jugak mengahnya
tapi dengan penuh keazaman..
ku teruskan jua
(wah..mcm nk g berjuang pulak!)
menurunkan berat badan
ialah satu perkara yang sentiasa berlegar di fikiranku
tetapi
dalam fikiran je lah
without any action hahahaha
dulu..
aku tak percaya dengan berat badanku
( 39kg je!)
dan sekarang..
masih tak percaya
dengan berat badanku
(er.. er...tak yah mention lah kat sini..)
sebabnya..
selera makan sentiasa ada..
(alhamdulillah..)
tapi suatu hari nanti
aku really..really nk kurang kan juga berat badanku ini
sebelum aku
naik taraf jadi OBES!!
(oh..noooo!!!!!)
bukan apa..
takut hidup aku
tidak bermakna lagi..
Friday, 11 February 2011
MIGRAIN
hari ini aku mc..
pergi jumpa doc tadi..doc kata aku kena migrain..
hmmm..tak pernah kena migrain..selalu aku dgr je org kata dia kena migrain
harini turn aku pulak..
tapi aku bukan nak cerita pasal migrain
tapi aku nak cerita
apa yg berlaku bila anak2 pulang dari sekolah..
Nazlah,
anak manjaku itu
turun je dari kereta
dah boleh dengar suara dia jerit
"UMMMMMMMMIIIIIII"
(now, the whole neighborhood knew that I'm not going to school today !)
Nuha,
si kakak yg matang
masuk dalam rumah terus jengah aku
nampak je muka aku
terus senyum dan peluk aku
sambil berkata
Assalamualaikum ummi.. ummi dah sihat?
( ahh... sejuknya hati aku... )
Faiz
the young handsome boy tu..
masuk sambil menangis..
nmpk aku
makin sayu hatinya..
dan yg paling bermakna..
mencapai lengan bajuku
dan mengelap airmatanya...
( ibu adalah segalanya bagi seorang anak, kan?)
moral cerita .....
aku terasa hidup aku sebagai seorang ibu..
sangat BERMAKNA...
hehe
iyelah..
just imagine
kalau diorang balik dari sekolah
buat deeeeeekkk je kat aku
tak cari aku pun
sure hati aku sedih
migrain pun bertambah teruk
for sure!
Hidup Biar Bermakna!
Subscribe to:
Comments (Atom)